Jumaat, 5 Februari 2010

ANTARA SANTAN DAN MUTIARA

Apabila kamu berkawan dengan lelaki,
Ingatlah ada dua pilihan terbentang
Yang Pertama..
Kamu jadi seperti kelapa..
Mudah diperoleh..
Diparut..
Diperah..
Dan diambil santannya..
Lepas tu hampasnya dibuang...

Yang Kedua..
Kamu menjadi sebutir mutiara..
Berada di dasar lautan..
Tersimpan rapi..
Dilindungi kulit..
Bukan senang nak melihat..
Apa lagi mendapatkannya..
Hanya orang yang bertuah..
Berusaha menyelami dasar lautan..
Dapat memperolehnya..
Harganya mahal sekali..
Dan ia akan tersimpan selamanya..

Jadi..
Kamu pilihlah samada
Hendak menjadi kelapa ataupun mutiara..

Di sebalik santan..
Menjadi penyedap makanan..
Diperah segala kenikmatan..
Dengan mudah jatuh menjadi titisan..
Akhirnya habis kari dimakan..
Pulut panggang sisa habis ditelan..
Dan santan hilang tak jadi ingatan..
Yang terasa lazat hanya kari dan pulut panggang..
Orang tak kenang jasa santan..

Mutiara..
Tertanam di dasar yang paling dalam..
Sukar andai mengharap jadi perhatian kerana
dilapisi kulit yang keras
menghadang..
Namun kiranya ditemui insan..
Akan menjadi permata hiasan..
Terletak tinggi di cincin idaman..
Atau di leher nan jinjang..
Atau di lengan menawan..
Makin lama mutiara tertanam..
Makin tinggi nilaian..

Oleh itu..tentukan yang mana satu
pilihan..

Menjadi santan..
mudah jadi perhatian..
tapi hanya sebentar jadi santapan..
kemudian hilang segala nikmat dan pujian..

Menjadi mutiara..
sukar ditemukan..
namun bila dihias indah gadis perawan..
hilang ia..tangisan mengiringi berzaman..

Akhirul kalam..
saya kongsikan 2 mutiara tazkirah kiriman
sedari di perantauan yang hingga kini saya simpan kemas dan erat sebagai barometer diri pengislahan, alhamdulilLAH.
Saudariku, terimalah tanda kasih seorang Muslimah padamu
ya ukhti al habibah; sebuah perkongsian nan indah untuk wanita sholihah pendamba syurga, pembuat iri bidadari …

“Jadilah wanita Sholihah, perempuan acuan al Quran,Hurrun Ein Syurga sebelum Syurga. Bakal seorang ibu bukan sebarang ibu! Bakal seorang isteri Mithali yang boleh menyerahkan diri…Bintang hati bakal suami…terus bersinar dan istiqomah menyinari… menjadi Mujahidah yang menghayati perjuangan,yang mana perasaan, percakapan dan tindakannya telah dikuasai kesanggupan terhadap perjuangan demi ALLAH. Mukminah yang punya ta’alluq
bilLAH yang kuat. Puteri Hawa kesayangan
Adam”.

Dan Jadilah wanita yang bakal menjadi Ummi
Sholihah, pewaris ke Tauhid dan Islam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan